Saturday, February 27, 2010

(Gossip) Gambar seksi Kat mentor jadi bahan gossip !!

0 comments



  • Penampilan penyanyi dari program realiti Mentor, Kat memang seksi, panas, glamor dan bergaya.


    Daripada gaun simetri singkat berona hitam, beralih ke nada putih salju dan digantikan pula ke gaun pendek kembang bunga tersemat di dada, gaya dan penampilan Kat tetap bertenaga, malah boleh membuatkan hati sesiapa saja berdetup kencang.

    Untungnya Kat kerana dianugerahkan fizikal yang tinggi lampai dan pesona wajah yang cantik, apatah lagi apabila raut wajahnya diserlahkan bersama solekan magik Chot.

    Ketika ditanya sendiri tentang pengalamannya menggayakan koleksi fesyen WANPA, Kat berkata dia nyata sukakan rekaan pakaian hasil ciptaan 2 pereka itu yang disifatkannya cukup seksi dan bergaya.

    Maka tidak hairanlah, mengapa dia tidak menolak tawaran WANPA yang terlalu menginginkan dirinya bagi menjayakan sesi fotografi istimewa berkenaan.

  • (Cerita Artis) Imuda telah bernikah dengan pasangannya !!

    0 comments


  • GEORGETOWN: Pelakon komedi, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, selamat bernikah dengan Zabarina Mushadi, 28,dengan sekali lafaz kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Negeri Pulau Pinang.

    Ini info yang Zoom dapat dari Metro Online Sebentar tadi,Zoom mewakili Admin Zoomartis mengucapkan tahniah kepada abang Imuda kita...Selamat Penggantin Baru..

  • (News) OIAM Diberhentikan kerana kos tinggi

    0 comments





  • Setelah diadakan selama 3 musim, One In A Million akhirnya terpaksa diberhentikan. Walaupun One In A Million (OIAM) masih mempunyai ramai peminat, 8TV bagaimanapun nekad merehatkan program yang sudah pun diadakan sebanyak tiga musim itu kerana kos yang tinggi dan ketandusan bakat punca utama kenapa direhatkan bagi memperkenalkan program realiti terbaru yang mengangkat elemen tarian jalanan iaitu Showdown 2010 sebagai pertaruhan terbaru mereka.
    Kos penerbitan yang tinggi serta ketandusan bakat dalam bidang nyanyian menjadi faktor kenapa program yang menawarkan wang tunai lumayan sebanyak RM 1 juta itu direhatkan seketika. Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar ketika membentangkan program 8TV sepanjang 2010 di Hotel Mantra Legend, Gold Coast, Australia memberitahu, Showdown 2010 juga menelan kos yang tinggi tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan OIAM

  • (Gossip) Shah Jaszle dan Shera bercinta !!!

    0 comments


  • Ini pula yang Zoom baca di Mstar petang ni, Pelakon Tari Tirana Shah Jaszle sedang bercinta dengan gadis TV3 bernama Shera ni.Tetapi mereka macam biasa menafikan kisah percintaan ( JIka Betul), kalau betul pun apa salahnya kedua-duanya single lagi.Jangan Suami dan isteri orang dahlah ...


  • Monday, February 22, 2010

    ( Biodata ) Maya Karin

    0 comments





  • PROFIL

    NAMA: Maya Karin Roelcke

    NAMA KOMERSIAL: Maya Karin

    TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979

    UMUR: 31 tahun

    BINTANG: Scorpio

    FILEM:
    Sri Dewi Malam (2001)
    No Problem (2001)
    Mr. Cinderella 2 (2003)
    Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
    Tujuh Perhentian (2004)
    Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
    Waris Jari Hantu (2007)
    1957: Hati Malaya (2007)
    Anak Halal (2007)
    Duyung (2008)
    Punggok Rindukan Bulan (2008)
    Pisau Cukur (2009)
    Taming Sari (2010)
    Cun (2010)

    PROGRAM TV: 
    Wavelength, TV3 (2000)
    Ratu Sehari Astro, RIA (2004)
    Beauty Secrets From The East (2005)
    Channel [V] (2004-2007)

    ALBUM:
    Erti Cinta (2001)
    Bukan Qalamaya (2004)

    ANTARA ANUGERAH:
    Artis Baru Wanita Popular (ABPBH2001)
    Aktres Terbaik Festival Filem Asia-Pasifik (2004)
    Aktres Terbaik Estepona Fantasy and Terror Film Festival (2005).

  • older post